Program Minda Sihat menyokong anda bergerak maju di dalam kehidupan

Minda SIhat dari stres

Coaching Sangat Membantu

Di dalam Program Minda Sihat, sesi anda akan bantu mencetus Kesedaran dan Kejelasan Fikiran yang bakal menimbulkan Keyakinan supaya anda dapat bergerak maju ke hadapan. Sebarang cabaran bukan lagi dilihat sebagai bebanan.

Apabila fikiran menjadi jelas, hati anda menjadi lega. Anda bakal menjadi lebih yakin, cekap dan cekal dalam setiap urusan harian. Anda menjadi lebih ceria dan hubungan anda bersama keluarga, sahabat dan rakan sekerja menjadi lebih baik.

Malahan anda mampu menghadapi sebarang cabaran, tekanan dan gangguan dengan lebih tenang, mudah dan terkawal. Hidup menjadi lebih produktif.

Manfaat Coaching Minda Sihat

  • Menjernihkan fikiran dari kekusutan, kebimbangan dan kebisingan
  • Membina daya berfikir dengan lebih baik, tenang dan fleksibel 
  • Mengurus tekanan dan emosi semasa munculnya sebarang krisis atau cabaran dari luar
  • Menghindari dan menampan tekanan (stress) yang berpunca dari dalam diri sendiri
  • Membina matlamat dan melakar arah  perjalanan yang sepadan dengan jiwa dan nilai pegangan anda.
Matlamat utama ialah Kesedaran, Kejelasan, Keyakinan dan Kecekalan.
Minda Sihat
Minda Sihat

Tekanan Jangan Dibiarkan

Tekanan (stress) perlu diurus supaya anda terus produktif, puas hati dan sihat dalam beberapa sudut kesihatan – minda, badan, hubungan keluarga, sosial, pelajaran dan ekonomi.

Jika tekanan fikiran dan emosi tidak diurus, ia bakal mengganggu urusan harian, kerjaya dan hubungan. Dan jika tekanan terus terbiar begitu lama, pelbagai masalah kesihatan minda boleh timbul sehingga ke tahap kronik seperti Kemurungan (Depression) dan Kebimbangan Melampau (Anxiety).

Anda mampu mengurus, mengawal dan menampan tekanan dengan kaedah mudah Minda Sihat.

 

Semua Perbualan dalam Sesi Coaching adalah rahsia dan selamat

Ciri Coaching Minda Sihat

  • Secara Sesi Individu – seseorang pelanggan mendapat perhatian sepenuhnya untuk beberapa sesi peribadi tanpa kehadiran orang lain. Jangka masa sesi ini ialah 1 jam setiap 3 – 4 minggu. Jumlah sesi sebaik-baiknya 6 -12 sesi.
  • Secara Sesi Kelompok – sesi akan dihadiri 2 – 6 orang sahaja peserta yang mempunyai beberapa isu yang sama. Kelompok ini bersedia untuk berkongsi isu yang mereka hadapi bersama. Jangka masa sesi ini ialah 2-3 jam setiap 4 minggu. Jumlah sesi ialah 6-12 sesi.

Jumlah sesi yang kami sarankan ialah minima 4 sesi supaya nampak keberkesanan. Jumlah optima ialah 6 sesi. Lebih dari 6 sesi jika perlu.

Minda Sihat

Bengkel Minda Sihat

Minda Sihat

Bengkel ini sangat sesuai untuk melatih kelompok Komuniti, warga NGO dan warga kerja Syarikat dengan Konsep dan Kemahiran Asas Minda Sihat.

Bengkel ini mampu mencetus KESEDARAN dalam diri sebagai Langkah Pertama memperkukuh pendirian positif di dalam dunia yang penuh cabaran ini. 

Peserta akan mempelajari kaedah menjernihkan fikiran kusut dan mengurus tekanan supaya suasana rumah/tempat kerja menjadi lebih hamornis dan produktif. Peserta akan dapat melakar arah  perjalanan yang sepadan dengan jiwa dan nilai pegangan kendiri.

Bengkel ini sepenuh masa selama 2 hari berturut-turut atau 4 hari berturut-turut 3 jam sehari. Boleh bincang. Jumlah peserta maksima ialah 20 orang. 

Dapatkan Khidmat Kami

Khidmat kami dijalankan secara Kehadiran Fizikal di lokasi yang aman dari sebarang gangguan dan dipersetujui bersama. 

Untuk secara Online, kami menggunakan aplikasi Zoom yang boleh dimuat-turun secara percuma di www.ZOOM.us.

Bahasa pengantar utama setiap Program Minda Sihat ialah Bahasa Melayu. Kami boleh menggunakan Bahasa Inggeris untuk penyampaian jika perlu. 

Anda boleh hubungi kami dengan menggunakan e-FORM dan petugas akan menghubungi anda dalam masa 24 jam. Anda juga boleh menggunakan sistem e-Booking kami untuk sesi Coaching Individu.

Minda Sihat

Pendaftaran Kewangan

  • Nombor Sijil Kewangan :  K10094866803389878
  • Kod Bidang: 010601, 010602, 221110, 2222001, 222004, 222504
Scroll to Top