Menurut pakar psikologi – Albert Ellis, ada 14 pegangan dalam diri yang boleh mencetus emosi yang tidak bermanfaat, menjadi asas keputusan dan membentuk kelakuan yang tidak menguntungkan:
- Sentiasa mahu orang lain menyukai dan meredhainya
- Mengelak dari menyinggung hati semua pihak {Yes-Man)
- Tidak sanggup menempuh kegagalan dalam apa jua usaha
- Tidak boleh tersilap dalam semua perkara (Mr dan Ms Perfect)
- Menjadi tanggungjawab orang lain untuk menjadikan dirinya gembira.
- Orang yang tidak membuatnya bahagia patut dihukum
- Semua perkara sewajibnya berlaku menurut kehendak hatinya
- Emosi ialah suatu keadaan dirinya yang tidak boleh dikawal
- Dirinya mampu bahagia tanpa membuat sebarang sumbangan
- Dirinya sentiasa memerlukan sokongan dan dokongan orang lain
- Apa yang berlaku pada masa lalu ialah sumber sikap dan tabiat dirinya kini
- Apa yang pernah berlaku di masa lalu akan terus berlaku di masa depan
- Dirinya tak seharusnya merasai sebarang kesedihan, ketidak selesaan dan kemarahan
- Orang lain sepatutnya bertanggungjawab ke atas setiap keadaan dirinya.
Kita boleh fikirkan dan bincangkan senarai secara kritis untuk tujuan sendiri.
Saya menyimpulkan senarai di atas kepada 4 keadaan diri yang tidak bermanfaat:
- Terlalu bergantung kepada penilaian orang lain dalam semua hal, keputusan dan tindakan
- Tidak mahu bertanggungjawab atas diri sendiri, lantas melepaskan tanggungjawab pada orang lain, maka menyalahkan orang lain.
- Tidak percaya pada kemampuan sendiri untuk merubah keadaan
- Menjadi alasan untuk tidak mahu berubah.
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” Surah Al Ra’ad Ayat 11
Bagaimana dengan pandangan anda dalam hal 14 pegangan yang merugikan ini?