Etika sebagai seorang Coach dan Trainer Minda Sihat

Sebagai seorang Coach terlatih, menjaga Etika dan Standard Khidmat tersangat penting dalam membantu Peserta Program capai Peralihan Minda yang mampu membawanya kepada matlamat yang serasi dengan jiwanya.

Minda Sihat

Etika dan Tanggungjawab Coach

  1. Menerangkan pada Peserta (Klien dan Penaja Klien) bagaimana Coaching dilaksana, kerahsiaan dan hadnya, terma pembayaran serta lain-lain terma.
  2. Sebelum menjalankan khidmat, Peserta bersetuju mengenai peranan, tanggungjawab dan hak masing-masing
  3. Menjaga kerahsiaan maklumat serta data peribadi Peserta dari pihak-pihak yang tidak berkaitan.
  4. Memahami aliran maklumat dengan semua pihak di dalam tempoh khidmat Coaching
  5. Memahami bahawa hak kerahsiaan maklumat Peserta akan terlucut apabila terdapat aktiviti yang membahayakan diri Peserta, di mana menjadi kewajipan untuk Coach merujuk kes kepada agensi yang sesuai.
  6. Jika dilantik sebagai Coach Dalaman sebuah organisasi, Coach wajib mengurus Konflik Kepentingan (Conflicts of Interest) dan pertelingkahan melalui dialog serta perjanjian yang sesuai dan dipersetujui bersama organisasi. Ini termasuklah hal kerahsiaan, peranan, hubungan, rekod dan laporan.
  7. Menyimpan dan mengurus maklumat Peserta – samada bertulis mahupun elektronik – semasa tempoh perkhidmatan Coaching dengan tujuan menjaga kerahsiaan dan keselamatan data peribadi Peserta. 
  8. Memerhati jika keserasian Peserta dalam tempoh perkhidmatan Coaching telah berkurangan dan Peserta perlu dirujuk kepada Coach lain yang lebih sesuai.
  9. Menghormati kehendak Peserta untuk menamatkan perkhidmatan Coaching atas sebab apa sekalipun.
  10. Menghormati keadaan Peserta tanpa mengira kedudukan, kekayaan, keturunan, bangsa, agama, budaya, jantina dan keadaan fizikal. Samasekali tidak boleh berlakunya diskriminasi.
  11. Memastikan mutu setiap sesi Coaching menggunakan standard yang baik dalam keadaan apa sekalipun bentuk upah yang telah dipersetujui bersama
  12. Memberhentikan khidmat Coaching atau menggantungnya sementara jika berlakunya sebarang insiden seperti tercetus jalinan intim atau pertelingkahan atau kesan negatif atau krisis atau hambatan kesihatan. Penyelesaian boleh dicari bersama Peserta atau dirujuk kepada pakar lain atau dengan Badan Persatuan di mana Coach ialah Ahlinya.
  13. Sentiasa mempertingkatkan ilmu, kemahiran dan mutu Coaching untuk membantu Peserta secara berkesan dengan cara menjalani kursus profesional, mendapatkan khidmat nasihat pakar lain serta merujuk kepada bahan-bahan standard tinggi yang berasaskan sains.
  14. Menjaga Harta Intelek orang lain dengan pengkreditan yang sesuai untuk bahan yang digunakan dalam bengkel, sesi Coaching dan sebaran media.
  15. Menjaga kerahsiaan maklumat peribadi ahli-ahli Badan Persatuan di mana Coach ialah ahlinya.
  16. Sentiasa bercakap benar, berniat untuk membantu dan menganjur kebaikan di dalam komuniti.
Scroll to Top