Jom bersama-sama kami dalam memberi perkhidmatan Program Minda Sihat untuk individu dan komuniti di Malaysia. Ada banyak cara untuk bersama kami.Â
Sebagai Sukarelawan
Sebagai Pemberi KhidmatÂ
Sebagai Petugas Sepenuh Masa
Sebagai Petugas Separuh Masa
Kerjasama Program & ProjekÂ
Melantik kami sebagai Pemberi Khidmat Kaunseling, Coaching dan Training
Menaja Program Minda Sihat untuk peserta
Jika sepadan, isikan E-Form di bawah. Kami akan menghubungi anda apabila ada peluang bersama untuk Program atau Projek..
Ada 3 sikap utama untuk menjayakan Program Minda Sihat
Jujur
Anda bersedia untuk berterus-terang dan berkongsi pandangan bersama kami. Anda sanggup merendah diri dan pelajari dari rakan-rakan sepasukan. Tiada tempat untuk meninggi diri dan berpolitik.
Komited
Anda faham dan berpegang kepada pencapaian matlamat yang sama dan sepadan.
Ini bermakna Anda memberi tumpuan penuh kepada tugasan, rajin dan bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menjayakan program.
Beretika
Anda kuat menjaga nama baik pasukan, peserta dan penaja. Anda berpegang kepada etika Coaching dan tidak mengambil kesempatan untuk manfaat sendiri. Anda menghormati nilai agama dan budaya.