Lemas Minda Sihat

Punca Utama Kemurungan

Dari model terapi holistik Bio-Psiko-Sosial, mungkin ada yang ingin tahu lebih lanjut mengenai sudut Sosial. Menurut penyiasatan yang dilakukan oleh Johann Hari, ada 9 punca utama kemurungan dari sudut Sosial.

1. Disconnection from meaningful work
Tidak dapat membuat sesuatu kerja yang lebih bermakna baginya dalam kerjaya. Rasanya dirinya sentiasa dikawal, tidak dinilai dengan baik, membuat kerja sia-sia dan putus harapan untuk sebarang kemajuan.

2. Disconnection from other people
Berada di dalam kelompok yang tidak memperduli, malah dia diketepikan dan tersingkir. Ini banyak berlaku di dalam sausana sekolah, tempat kerja dan kawasan kejiranan. Lantas dia sentiasa merasai keseorangan dan kesunyian.

3. Disconnection from meaningful values
Gaya hidup berasaskan keduniaan akibat iklan yang bertubi-tubi dari segala saluran media. Merasai jiwa kosong, tidak sempurna dan tertinggal kerana tak membeli sesuatu atau tidak mendapat sesuatu.

4. Disconnection due to childhood trauma
Semasa membesar, seseorang itu pernah melalui penderaan fizikal dan verbal, kehilangan ibubapa, kematian yang tersayang atau hidup terbiar. Mereka ini mempunyai risiko 5 kali ganda untuk menghidapi kemurungan.

5. Disconnection from status and respect
Merasai diri tidak berguna lagi kerana hilang kedudukan sebagai ketua keluarga, pasukan atau komuniti. Juga kerana hilang mata pencarian kerana tua, sakit atau kemalangan. Juga akibat diskriminasi kerana miskin, warna kulit, umur, jantina, bangsa dan kelulusan.

6. Disconnection from the natural world
Tidak meruangkan sebahagian masa berada di dalam suasana alam semulajadi. Mungkin terhalang kerana kesibukan, hidup dalam hutan konkrit atau dipenjarakan. Mereka ini mudah jatuh sakit dan terjejas kesihatan minda.

7. Disconnection from a hopeful or secure future
Bagi sesiapa yang menghidapi kemurungan, didapati mereka ini kurang keupayaan untuk membayangkan masa depan mereka yang lebih baik berbanding orang yang tidak menghidap. Akibatnya, mereka jatuh lebih jauh ke dalam jurang kemurungan.

8. Perubahan Otak (Neuroplasticity)
Struktur otak sentiasa berubah bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya. Pembentukan struktur berpunca dari interaksi antara corak pemikiran, emosi, perilaku, biologi, suasana dan kejadian yang berlaku. Lagi murung seseorang itu, maka otak akan beralih untuk membentuk struktur yang sesuai dengan kemurungan. Keadaan ini boleh berubah dengan perubahan corak pemikiran, perilaku dan emosi.

9. Faktor Genetik
Manusia mewarisi DNA dari keluarga seperti warna kulit, rambut, rupa, ketinggian dan pelbagai lagi termasuklah penyakit keturunan. Sesiapa yag mewarisi sejenis gene 5-HTT, mereka punyai risiko lebih tinggi untuk menjadi murung. Tetapi kemurungan TIDAK BERLAKU SECARA AUTOMATIK. Ia hanya mungkin tercetus apabila memasuki suasana yang sesuai seperti kejadian trauma dan stress yang melampau.

Sebagai kesimpulan, kemurungan berlaku bukan sekadar akibat KETIDAKSEIMBANGAN NEUROKIMIA SEROTONIN. Ada 9 lagi punca utama kemurungan.

Maka untuk menjadi lebih sihat, tidak cukup dengan pil. Pesakit mampu menjadi lebih sihat dengan perubahan gaya hidup, corak pemikiran, pengurusan emosi dan perilaku. Pesakit boleh membuat perubahan dengan mendapatkan bantuan dari talk therapy, kaunseling, coaching dan Cognitive & Behavioral Therapy serta kumpulan sokongbantu.

Scroll to Top