Senario Keperluan Program

Apa yang perlu saya buat?

Stressed Akibat PKP Program Minda SIhat

Semua negara di dalam dunia telah dilanda COVID-19 secara tiba-tiba, termasuk di Malaysia. Kini telahpun 2 tahun dan masih berlanjutan dengan harapan ada penemuan ubatnya. Kesannya cukup berat dalam pelbagai aspek hidup rakyat Malaysia. 

  • Ekonomi merudum
  • Peluang kerja berkurangan
  • Ramai hilang pekerjaan
  • Pelbagai rancangan terbantut
  • Hasrat tidak kesampaian
  • Hubungan keluarga terancam
  • Pergerakan dikawal ketat
  • Kesihatan terganggu
  • Hidup tertekan
  • Risau dan buntu

Yang Cekal

Bagi insan yang cekal, dalam keadaan susah mana pun mereka akan bertanya soalan ini. “Apa yang perlu aku buat untuk teruskan kehidupan?

Sambil meneruskan usaha, mereka bakal menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan. Namun dengan halatuju yang jelas, kaedah pengurusan stres dan teknik  kawalan emosi, mereka bakal mencapai hasrat mereka.

Cekal tidak cukup. Kaedah mengurus stres dan kawal emosi perlu dipelajari.

Yang Putus Asa

Bagi setengah insan, mereka lebih mudah putus asa. Ada yang risau atau sedih berpanjangan kerana terkeluar dari suasana kebiasaan yang sudah hilang. 

Sambil meneruskan hidup, mereka bakal menghadapi pelbagai cabaran dan tekanan. Dengan sokongan berjadual, mereka mampu bina keyakinan diri, jernihkan corak pemikiran dan seterusnya mampu mengurus tekanan dan stres serta mengawal emosi.

Keyakinan boleh dibina dan corak pemikiran boleh diperbaiki dengan siri sokongan.

Jika Anda Majikan atau Pengurus

Majikan Minda Sihat

Dapatkan bantuan, untuk sebarang isu di bawah ini:

  • Prestasi kerja staf menurun
  • Projek selalu tergendala
  • Staf selalu ponteng kerja
  • Selalu berlaku pertelingkahan di pejabat
  • Berusaha sudah tapi pencapaian tak ke mana
  • Dalam proses rombakan struktur
  • Suasana kerja tekanan tinggi
  • Arahtuju syarikat yang tidak jelas
  • Ingin ubah arahtuju syarikat
  • Staf yang penting disyaki mengguna dadah

Jika Anda Individu

Stressed Minda Sihat

Dapatkan bantuan untuk sebarang isu di bawah ini:

  • Merasai diri tertekan kerana pelbagai hal
  • Rasa diketepikan majikan dan rakan sekerja
  • Merasa kurang keyakinan dalam diri
  • Tidak puas hati dengan kerjaya
  • Tidak nampak jalan penyelesaian masalah
  • Rasa diketepikan keluarga dan kenalan
  • Risau atau Sedih yang berpanjangan
  • Fikiran yang kusut dan putus asa
  • Tidak tahu arahtuju dalam hidup
  • Ingin maju diri tapi menemui jalan buntu
  • Ingin merubah diri tapi tak tahu bagaimana
  • Ingin berhenti masalah penagihan

Jika Anda Keluarga

Pertelingkahan Keluarga - Minda Sihat

Dapatkan bantuan untuk sebarang isu di bawah ini:

  • Selalu berlaku pertelingkahan dalam keluarga
  • Kehidupan rasa terbelenggu dengan masalah
  • Risau berpanjangan dengan keadaan diri atau pasangan
  • Sudah tak nampak jalan keluar dari kebuntuan
  • Tekanan fikiran yang berterusan
  • Anak remaja selalu ponteng sekolah
  • Anda mengesyaki anak mengguna dadah
  • Anda mengesyaki pasangan anda punyai masalah penagihan.
Scroll to Top